EPISODE 1 : IWAN MEE UDANG CAFE BERTAM - DAGING DANOK VIRAL

No Comments

Restoren Iwan Mee Udang Cafe Bertam ni antara restoren favourite Cik Shima.

Actually, Cik Shima pun tak tau tentang Restoren ni, kebetulan Shah member Cik Shima duk post dalam grup Travel Cik Shima. Dah alang-alang lama tak jumpa, kami plan la small reunion kat situ.

Memandangkan, Mimie susah nak dapat masa jadi kami follow ja time dan tarikh dia.

Dah set tarikh Isnin (05 Ogos 2019),  lepas maghrib jumpa kat sana. Jadi Cik Shima dan yang lain ni, dengan gigihnya terus ke sana selepas waktu ofis. Cik Shima, Atul, Yati dan Shah  berkumpul di Hotel Park Avenue, pergi satu keta ja. 

 Malam nanti Cik Shima dan Atul check in kat Park Avenue Hotel. Cik Shima teman ja atul . Esok dia akan terus ke Jitra , ada seminar kat sana.

IWAN MEE UDANG CAFE BERTAM, PULAU PINANG
Tengah tunggu order dan Mimie

IWAN MEE UDANG CAFE BERTAM, PULAU PINANG
No.39

Cik Shima cuba DAGING DANOK BAKAR dengan CHAR KUEY TEOW dan air jus epal. Daging Danok Bakar ni memang viral pun. Dah alang-alang viral, rugi tak rasakan.  Dua-dua menu ni memang best.

IWAN MEE UDANG CAFE BERTAM, PULAU PINANG
Daging Danok Bakar

IWAN MEE UDANG CAFE BERTAM, PULAU PINANG
Char Kuey Teow
Kami order juga tom yam campur. Tom Yam ni ada size, paling kecik size S. Size S pun  boleh makan dalam 3 atau 4 orang. Memang besar portion dia, jenuh nak habih.



IWAN MEE UDANG CAFE BERTAM
Tom Yam
Dah lama tak jumpa, sembang memang tak ingat dunialah kan. Macam-macam topik ada termasuklah topik jodoh...ha..ha...hakks..

Kejap sangat rasa, sesekali kumpul, waktu yang lama pun rasa kejap sangat. Mau tak mau, kena baliklah juga, esok masing-masing kerja. Kalau tak, maunya sampai ke pagi menyembang.

Masa nak balik ada pulak tempat baik untuk shooting gambar...apalagi, tak lepas peluanglah kan.

Layanlah ja gambar kami ya yang penuh kesopanan dan keayuan gitu...hahahhaha..












Tunggu entri seterusnya...:)




Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 comments

Catat Ulasan