TERENGGANU : TAMAN TAMADUN ISLAM, MASJID KRISTAL , RESTOREN SINGGANG & SUMAI APARTMENT


Agak lama pulak tinggal entri tentang Terengganu. Sibuk kerja plus ngan bisnes Vken. Ha, sapa nak pakai produk vken boleh contact Cik Shima ya. Pakej Travel dah ada, dalam tu ada 2 pasang stokin dan juga sepasang wristlet. Bagus untuk suami isteri. Cik Shima, kalau gi mana2, vken memang tak pernah tinggal. Sentiasa pakai , sebab untuk memberi tenaga dan yang penting untuk kesihatan kita.

Opps, iklan sekejap....

TAMAN TAMADUN ISLAM

Back to Terengganu, sebab Cik Shima tak pernah sampai ke Tamadun Islam ni, jadi Cik Shima pun request lah dari sahabat Cik Shima merangkap @ puan bos, untuk ke sini. Negeri Terengganu memang banyak kali dah sampai, tapi taman Tamadun Islam , tak pernah2 jejak. Ada ja halangannya.


Terengganu
Boleh usha harga kat sini
Terengganu


Lepas breakfast nasi kerabu, kami pun datang sini, kebetulan Cik Shima akan menunaikan umrah pada Disember 2019, jadi sangat teruja bila sampai di replika Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi. Tayangan video pula, menambah lagi rasa sentuhan di hati ni. Seriusly, Cik Shima rasa tersentuh sangat. Jatuh gak la air mata walaupun tak lah menangis tersedu...feel sangat.



Terengganu
Replika Taj Mahal


Cuaca panas tidak mematahkan semangat untuk Cik Shima bergambar. Berpeluh jugaklah. Opps pasai tiket, kami ambil sekali ngan train dan makan. Nak jalan, tengah2 hari ni memang tak la. Sejujurnya, kawasan ni memang cantik untuk bergambar. Dan jika ada masa dan larat, bolehlah berjalan. Kami just naik train ja. Malas nak jalan tengah-tengah panas. Train ni akan berhenti2 pada replika2 tertentu sahaja. Jadi, kalau nak tengok semua, kenalah jalan kaki...



Terengganu


Tamadun Islam


Terengganu
Replika Masjidil Aqsa. Muka dah berpeluh sebab kepanasan.

Terengganu
Panas, tetap gigih


Jadi untuk tengahari, kami makan ja kat sini. Boleh pilih ikut menu yang diorang bagi. 

Boleh tahan juga mee ni.


Makan di tepi tasik

Lokasi seterusnya adalah di Masjid Kristal. Bateri fon Cik Shima dah habih, jadi tak boleh amik gambar di sini. Pakai Puan su punya...tapi sampai sekarang, koleksinya belum dapat lagi..hihihihi...nanti Cik Shima update ya.

Masjid Kristal dalam renovation tapi boleh ja nak solat di sini, tapi memandangkan keadaan yang berpeluh dan agak kurang selesa, kami decide untuk solat di hotel ja.

Pasal hotel, pada asalnya kami nak ambil bilik area sini seperti cadangan Mr. zamri, tapi nampak kawasan macam tak berapa best, jadi kami decide untuk bermalam di Sumai Apartment. Bersebelahan dengan hotel Primula Beach.

Kat Sumai ni kita ada pilihan, samada nak sewa 1 apartment, ataupun bilik. Kami amik bilik. Rupanya-rupanya, kami dapat sama juga macam 1 apartment. Ada ruang dapur, ruang tamu. Dalam tu ada 4 bilik, 3 bilik dia kunci. Jadi tinggalkan untuk kami 1 bilik ja. Ruang yang ada boleh guna. Memang puas hati lah, berbaloi sangat. Kalau datang dengan family besar pun, boleh ja amik 1 bilik, then bawa ja toto tidur di ruang tamu. Nak murah boleh cek agoda ataupun booking.com.

Terengganu
Ada meja

Terengganu
Ruang Dapur

Terengganu
Ruang tamu

Besarkan?..


RESTOREN SINGGANG BUDU

Sebelum kami bertolak ke Sumai, kami singgah untuk makan di Restoren Singgang Budu. Hihihi, asyik makan ja,terpaksalah menjelajah, kerana masa hanya tinggal 1 hari ja. Esok nak makan tang lain pulak. Pastu balik.



Bagi Cik Shima, restoren ni bolehla makan. Mungkin sampai lewat, jadi tak banyak pilihan. Kena datang awal kut.

Sapa nak cubalah boleh lah waze  Restoren Singgang Budu. Waze ja. Pasti sampai. Nanti Cik Shima cari gambar kedai ni,tetiba rasa hilang dalam simpanan.


Tak habis lagi tau citer Terengganu. Harap korang bersabarlah ya, ada lagi next entri..:)













You Might Also Like

0 comments