Anjung Muara, Tanjung Dawai
Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi
Kali ni nak bercerita sedikit tentang Restoren Anjung Muara. Restoren ni terletak di Tanjung Dawai. Jadi-jadi kalau ada sesiapa yang datang ke Tanjung Dawai, bolehlah singgah makan di restoren ini. Memang tak rugi. Disebelahnya pulak ada lagi sebuah restoren yang diberi nama Mak Jang. So, bolehla pilih mana-mana yang korang suka. Bolehlah tanya Mr. Google kelebihan kedua-dua restoren ini.
Kebetulan masa pergi ni cuti hujung minggu ni dan masa pun tak lah lewat sangat, kiranya kami sampai di sana selepas asar sebelum maghrib. Difahamkan kalau waktu cuti am memang penuh.
Menu petang tuh:
Ikan jenahak (big boss pilih sendiri), kerang bakar 1/2 kilo (my favourite), sotong goreng tepung
(my mom pilih -main amik ja, x ingat baper kilo), sup campur dengan sayur kailan.
Nasi putih - 5 orang makan (dua extra)
Minum : ais kacang, milo ais dengan teh ais...
Harga : +- RM85.00 untuk semua.
Lega hati, bila big bos kata masakan kat situ ok. Selalunya kalau makan kat luar, susah sikit dia nak bagi pujian ni. Tapi alhamdulillah, kali ni dia puas hati. So, boleh datang lagi.
Antara menu yang dipesan |
Antara menu yang dipesan |
Tak banyak sangat gambar yang di 'shoot'. Masih terkial-kial dengan kamera baru. Insya Allah, next time pergi, boleh ambil banyak lagi gambar.
0 comments