Blog : Masih Relevan Kah?

Kenapa perlu ada blog? Terutamanya untuk perniagaan. Berdasarkan info yang dipetik dari jutawan Internet iaitu Irfan Khairi, blog terutamanya untuk perniagaan adalah masih penting dan relevan. Ini adalah kerana :

#1 – Lebih Fokus 

Pemilik blog boleh memberi fokus pada mesej yang ingin di sampaikan melalui blog berdasarkan tema keseluruhan blog. Tidak seperti Facebook, di wall pemilik facebook akan terdapat berbagai-bagai mesej- dari kenalan, keluarga, perniagaan lain, dan juga pesaing sekiranya pemilik tersebut “like” laman FB pesaing. Inilah “fokus yang hilang” yang dimaksudkan.

 #2 – Enjin Carian.

Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. 

 #3 – Penjenamaan diri.

Melalui blog, jenama sendiri dapat dibina dengan mengunakan nama sendiri dan juga domain sendiri. Ini akan memudahkan kita untuk membuat promosi tentang perniagaan. 

You Might Also Like

0 comments