Tips : Rutin untuk kekal produktif

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Carian google


Hidup ini, kadang-kadang tiba masanya kita akan rasa bosan. Aktiviti kehidupan yang sama sahaja menyebabkan kehidupan kadang-kadang menyebabkan kita rasa bosan. Saya tidak pasti adakah kalian mempunyai rasa begitu. Inilah yang berlaku pada diri saya. Kebetulan pula cuti hujung minggu dan cuti merdeka. Akibat kebosanan (anak saudara pula demam, jadi tak bolehlah nak keluar kemana-mana), saya pun membuat carian dan akhirnya terjumpalah satu blog iaitu blog Adly Mukhtar. Emm..menarik jugak blog ni. Antara artikel yang menarik perhatian saya ialah 5 Perkara Yang Perlu di Amalkan Untuk Kekal Produktif

Antara tips yang diberi oleh beliau ialah :

#1 - Apakah yang perlu dilakukan hari ini  

Senaraikan apa yang ingin kita lakukan. Lagi bagus , jika boleh spesifik. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum tidur. Ini akan menjadikan indikator samada hari yang kita lalui produktif atau tidak. 



#2 - Bagaimanakah tidur anda hari ini

Tetapkan waktu tidur setiap hari. Hadkan limit kerja. Apabila tiba waktu tidur, tinggalkanlah segala kerja. Bangun awal pagi antara jam 4-5 pagi untuk meneruskan aktiviti harian. Mulakanlah awal pagi dengan ibadah sunnah.

Tidur sekejap waktu tengahari. Sebaik-baiknya antara 12 tengahari sehingga sebelum waktu zohor. Antara kelebihannya ialah :
- 1 minit kualiti tidur pada waktu ini bersamaan 45 minit waktu tidur malam. Ini akan memudahkan kita untuk bangun solat pada waktu malam dan memberikan tenaga yang secukupnya.
- Dapat juga mengelakkan dari penyakit jantung.




#3 - Bersenam

Ya, memang benar , senaman adalah penting untuk kita. Tahu, tetapi nak buat rasanya cukup susah. Memang banyak manfaat untuk aktiviti senam. Tips yang ketiga ni, saya sedangkan usaha perlahan-lahan. Walaupun saya kecil dan kurus orangnya,  saya juga perlu bersenam. Persepsi untuk mengatakan saya tidak perlu bersenam sebenarnya adalah salah. Senaman penting untuk menambahkan stamina.



#4 - Pemakanan

Pemakanan juga penting dalam kehidupan kita. Antara tips yang diberikan oleh beliau ialah kurangkan pengambilan gula dan lemak. Mengamalkan air kosong.  Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini juga merupakan salah satu sunnah Rasulullah. 

Selain itu juga, makan waktu malam seeloknya-eloknya diambil sebelum waktu maghrib. Ini akan memudahkan proses penghadaman dan akan menyebabkan lebih mudah tidur.



#5 - Belajar Perkara Baru Setiap hari

Untuk menjadikan hidup kita lebih seronok adalah mempelajari perkara baru setiap hari. Ia merupakan salah satu cara untuk menjadikan hari ini adalah lebih baik dari semalam. 


You Might Also Like

0 comments