Rukun Kaya #3 : Niat

Teks : Sharimah Binti Yahya.




Apabila melakukan sesuatu perlulah dengan niat. bagi orang Islam, niat utama adalah kerana Allah S. W.T dan barulah kita tentukan niat dan matlamat kita yang lain. Kenapa kita ingin berniaga? . Mesti ada sebab kan. 

Kenapa perlu niat ?

# Niat  menentukan hasil
# Niat adalah sumber kekuatan

Caranya ialah :

Tulis di atas sekeping kertas. sebaik-baiknya dengan jelas apa yang kita hendak. Contohnya :-

Ingin berniaga kerana :-
- Hendak bersama  ayah/ibu menunaikan haji
- Ingin membantu orang lain
- Ingin sedekah dengan banyak

Sebaik-baiknya terus tarikh, supaya kita kenalpasti bila kita mampu capai semua itu. Apabila telah tulis, letakkan di tempat yang kita senang lihat. Seboleh-bolehnya setiap hari.

dan akhir sekali, tukar niat itu kepada MATLAMAT kita.

Apabila setiap hari kita melihat matlamat yang ingin kita capai, pasti kita akan berazam untuk mendapatkannya. Ini juga akan membantu kita untuk kekal bertenaga.




You Might Also Like

0 comments