Rukun Kaya 4 : Sentiasa Bersyukur

Teks : Sharimah Binti Yahya
Sumber : Carian Google 
Gambar : Google

Tanpa kita sedari sebenarnya setiap hamba sudah kaya tetapi kita tidak bersyukur. Selagi kita tidak bersyukur, Allah tidak akan beri lebih banyak lagi.
Allah swt menegaskan orang-orang yang benar-benar bersyukur adalah sedikit sekali bilangannya. Firman Allah swt dalam surah As-Saba’ , ayat 13 yang bermaksud:
 “Sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur”

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Al-Quran, surah Ibrahim: ayat 7)
Sesungguhnya nikmat yang dikurniakan Allah swt kepada kita tidak terhitung banyaknya. Nikmat iman, nikmat Islam, nikmat sihat, nikmat kehidupan, serta nikmat-nikmat lain yang tak terkira. Dengan sifat maha pengasih dan penyayangNya, manusia dapat merasai kelazatan pelbagai nikmat kurniaan Allah yang bersifat keduniaan (duniawi) dan akhirat (ukhrawi
MARI KITA bertanya kepada diri kita .Apakah dengan segala nikmat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita, sehinggakan kita dapat hidup selesa di alam ini, kita masih enggan bersyukur kepadaNya?
Di dalam kehidupan sesama manusia, kita berterima kasih dan menghargai orang yang berbuat baik kepada kita. Mengapa pula dalam hubungan kita dengan Allah swt yang begitu pemurah kepada hamba-hambaNya, kita tidak mahu bersyukur kepadaNya? 
Bersyukurlah sewaktu senang dan susah. Bukan di masa susah baru kita kembali kepada Allah.  Sentiasalah kita bandingkan diri kita dengan kekurangan dari orang lain supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.


Jadi hakikatnya kita sebenarnya sudah kaya dengan pelbagai nikmat yang telah Allah berikan. Jadilah, marilah kita sentiasa menjadi hamba yang sentiasa bersyukur .  

You Might Also Like

0 comments