Budget Travel
Teks : Sharimah Binti Yahya
Road To Australia 2015 |
Bila nak plan nak bercuti terutamanya percutian ke luar negara, yang paling difikirkan adalah budget. Nak bercuti , nak pergi luar negara tetapi tiada budget? Jadi apa yang perlu dibuat?
# Simpankan sedikit duit anda untuk tabung percutian. Sekiranya anda susah untuk menyimpan duit untuk tabung percutian anda, cuba cari kawan-kawan rapat yang boleh dipercayai (seelok-eloknya dalam 10 orang) dan lantik seorang untuk menyimpan duit tersebut. Buat target, katakan sebulan RM100.00 .
# Tetapkan destinasi percutian anda samada luar negara atau dalam negara. Sekiranya anda ingin ke luar negara, pastikan anda sentiasa semak di laman syarikat penerbangan untuk dapatkan tambang yang terendah ke destinasi pilihan anda. Bila dapat sahaja harga terendah, jangan terlalu lama berfikir samada nak tempah atau tidak. Yakin, terus tempah. Duit tempahan ini boleh terus tolak dari duit yang disimpan tadi. Lebihan dari duit tadi boleh digunakan untuk bayaran pakej/ lain-lain. Selalunya tarikh promosi harga akan dibuat setahun/ 6 bulan sebelum dari tarikh perjalanan. jadi anda masih sempat untuk menambah tabungan anda. yang penting adalah konsisten.
#Rajin buat kajian menerusi blog-blog lain untuk mengetahui anggaran kos destinasi pilihan. Kemudian, sekiranya anda ingin menggunakan agensi pelancongan, sila pastikan anda mendapat harga dan perkhidmatan yang terbaik. Setakat ini yang selalu group saya guna ialah syarikat Wenk Vacation Sdn. Bhd
0 comments