Bijak Melabur

Teks : Sharimah Binti Yahya

Entri sebelum ini  Bagaimana Jadikan Duit Kita Bekerja , pelaburan merupakan salah satu cara darinya. Namun kini, terdapat banyak kes -kes pelaburan yang menipu ataupun lebih mudah dikenali sebagai SKIM CEPAT KAYA . Ramai orang apabila melihat keuntungan yang besar pastikan akan cepat tertarik dengan skim-skim sebegini.

Jadi apakah dan bagaimanakah tindakan kita untuk mengenalpasti skim-skim ini. Untuk mengelak dari ditipu kita perlu berpegang pada dua perkataan ini iaitu T.I.P.U dan C.E.L.I.K.





Skim -skim pelaburan yang datang, kita pastikan tidak  mempunyai sifat ini iaitu T.I.P.U.

T- Tidak akan rugi. Selalunya agen-agen ini akan menyatakan pada kita pelaburan ini tidak akan rugi. Jadi perlulah beringat. Jangan terus percaya.
I - Indah khabar dari rupa.
P - Peluang hanya datang sekali. Ya, kerana mereka akan hilang selepas terima duit kita, Jadi memang peluang hanya sekali jerlah.
U - Untung besar. Setiap pelaburan yang kita buat, mestilah kita hendak untung. Tetapi apabila untung yang besar dijanjikan, disini kita  perlu tanam sedikit keraguan dalam diri kita. Jangan mudah percaya.




Bagi diri kita pula, perlu tanam sifat ini iaitu C.E.L.I.K.

C- Cepat rugi. Tanamkan dalam diri kita sedikit perasaan bahawa pelaburan ini mungkin untung besar, tetapi cepat rugi. Ini bagi membolehkan kita berfikir dan mencari informasi.

E - Elakkan emosi. Walaupun kita menghadapi masalah kewangan ataupun tidak, jangan biarkan emosi bermain dengan kita. Tenangkan emosi. Yerlah, siapa yang tidak tergoda bila nampak untung besarkan.

L -Lesen. Selain lesen SSM , syarikat perlu juga mempunyai lesen pelaburan (S.C) . Dapatkan dulu informasi yang berkaitan dan semak dengan laman web sekuriti.

I - Informasi. Dapatkan dulu informasi berkaitan skim pelaburan yang ditawarkan.

K - Kuatkan semangat.


Jom kita melabur, tetapi jadilah pelabur yang bijak.Bagaimana? Ingat dua perkataan T.I.P.U dan C.E.L.I.K



You Might Also Like

0 comments