GST : Jom Bijak Kewangan

Hari ini hari ketiga pelaksanaan GST. Bermacam-macam isu timbul. Mahu tidak mahu , kita sebagai pengguna perlulah terima dengan keadaan ini. Apa yang perlu kita boleh buat, semak balik pengurusan kewangan kita.

Sebelum 01 April 2015, sempatlah menghadiri satu seminar tentang Bijak Mengurus Kewangan ni.. Seminar ini disampaikan oleh Tuan Nasrul dari SIDREC  (Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti 
telah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian monetari di antara para pelabur dan pengantara pasaran modal  yang berdaftar sebagai ahlinya, seperti broker saham, broker niaga hadapan, syarikat pengurusan unit amanah). Nak tahu lebih lanjut tentang SIDREC ni boleh rujuk ke laman web http://www.sidrec.com.my/).

Apa yang perlu kita buat?

# Merancang Kewangan

Merancang kewangan perlu supaya kita dapat mencapat matlamat kewangan. Nak tahu apa matlamat kita, buatkan satu senarai dan target.


Matlamat Saya

# Membuat Bajet
Kenapa perlu membuat bajet. Bajet perlu kerana :-
  • Dapat mencapai matlamat kewangan
  • Mengenalpasti perbelanjaan yang tidak perlu
  • Memastikan perbelanjaan teratur
  • Membantu membuat persediaan kecemasan
  • Ni yang best-> Membantu tidur lena.:)

# Meyimpan 

Dalam mana-mana ceramah, seminar atau rujukan , kita sering diberitahu supaya menyimpan 10% daripada pendapatan kita. Ya , memang benar . Ia akan jadi mudah kepada yang tidak mempunyai masalah, tetapi akan jadi susah sekiranya bagi yang mempunyai masalah kewangan.  

Selain itu, ada juga yang berjaya menyimpan 10% tetapi kemudian keluarkan semula. Proses keluar masuk ini juga tidak efektif, ia akan boleh membuat seseorang tersebut fed up dan akhirnya terus tidak simpan.

Oleh itu, dalam seminar ini, disarankan supaya kita menyimpan setakat yang kita mampu. Dan duit simpanan ini jangan diusik dalam tempoh jangka panjang. Paling tidak RM0.50 setiap hari.




Sekiranya anda menyimpan sehari RM0.50, jadi anda dapat menyimpan sebanyak RM182.50 setahun secara konsisten. Pasti terdetik di hati kita, ala sedikitnya RM182.00 setahun, bila nak jadi banyak. Jadi disini kita perlu jadikan duit bekerja untuk kita. Bagaimana? Paling senang ialah dengan melabur.


# Membuat pelaburan

Mengapa perlu melabur? Paling utama adalah kita mahukan wang bekerja untuk kita. Dengan modal yang sedikit seperti RM182.50 sebenarnya kita mampu melabur.  Bagaimana hendak melabur dan apakah produknya , sila rujuk entri Bagaimana jadikan Duit Bekerja Untuk Kita.




You Might Also Like

0 comments