GST : Bagaimana Jadikan Duit Bekerja Untuk Kita?

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Google


Bagaimana hendak jadikan duit bekerja untuk kita? Wahh..bestkan.

Salah satu cara adalah membuat pelaburan. Dengan hanya bermodalkan RM182.50  anda sebenarnya telah boleh mula melabur. Tidak perlu menunggu modal yang banyak, baru hendak mula melabur. Bagi yang ingin tahu bagaimana hendak dapatkan modal sebanyak RM182.50, bolehlah rujuk entri sebelum ini iaitu--> GST :Jom Bijak Kewangan

Produk-produk pelaburan :-

#Saham

Produk pelaburan yang pertama adalah saham.  Terdapat sebanyak 926 syarikat tersenarai di bursa saham, 
Untuk saham, anda perlu beli minima 1 Lot, dan 1 lot bersamaan 100 unit. Senarai  harga untuk 1 lot boleh semak melalui bursa saham Malaysia.

Bagaimana hendak melabur di dalam saham :-

1) Perlu buka akaun CDS dan akaun dagangan . Yuran pendaftaran hanyalah RM10.00.
2) Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana syarikat broker saham yang berdaftar,
3) Semua urusan jual beli hendaklah melalui syarikat broker. Dapatkan khidmat nasihat broker.


Bagaimana hendak mengetahui samada skim pelaburan itu adalah tipu? Ada 2 kata kunci yang perlu kita ingat iaitu TIPU dan CELIK. Nak tahu selanjutnya sila ke entri Bijak Melabur.


#Unit Amanah

Melabur di dalam unit Amanah/Unit Trust. Ini adalah cara kedua untuk jadikan duit bekerja untuk kita. Di Malaysia terdapat 601 unit amanah/unit trust yang boleh kita pilih untuk membuat pelaburan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah salah satu daripadanya. Untuk ketahui jenis-jenis unit amanah/unit trust bolehlah rujuk laman web Suruhanjaya Sekuriti


#Skim Persaraan Swasta

Membuka akaun untuk skim persaraan swasta.

Syarat : Umur 18 tahun
Simpanan : Sekiranya berjaya menyimpan RM1,000 dalam tempoh setahun, kerajaan Malaysia akan tambah sebanyak RM500.00
Maklumat lanjut : http://www.ppa.my/ms/






You Might Also Like

3 comments

  1. Duit sudah nak dapat,.tapi kalau nak habiskan. Sehari pun boleh..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nao Mei...
      ya betul, sebab tuh kita kena rancang kewangan kita kan...:)

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam