Travel : Belajar Bahasa Asing sambil Melancong
Melancong ke luar negara merupakan salah satu perkara yang menyeronokkan kerana dapat mengunjungi tempat-tempat yang menarik. Jika dapat menguasai bahasa tempatan ketika melancong ia merupakan satu kelebihan kepada pelancong.
Kini terdapat banyak aplikasi kamus mudah alih untuk telefon pintar . Salah satunya ialah aplikasi Smigin. Aplikasi ini merupakan aplikasi terjemahan mudah yang direka khas untuk pelancong.
Kelebihan Aplikasi SMIGIN
* Hanya perlu memilih beberapa perkataan tertentu yang perlu dipillih untuk membentuk ayat dan seterusnya akan diterjemah ke bahasa yang dipilih.
* Terdapat audio suara yang boleh dimainkan menggunakan dialek tempatan berdasarkan ayat yang diterjemah tadi.
* Sebutan untuk sesuatu bahasa yang diterjemah turut dieja dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami.
* Perisian ini tidak perlu menggunakan sambungan Internet.
* Pemilihan perkataan boleh berdasarkan kategori tempat yang dituju seperti restoren, hotel, pusat membeli belah, teksi, dan tempat-tempat sejarah.
* Ayat yang sering digunakan juga boleh disimpan untuk rujukan.
Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store atau Play Store.
0 comments