8 TIPS PENJAGAAN RAMBUT


serumrambut vegeoil



Tips #1 Syampu yang berkualiti

Cuci rambut menggunakan syampu yang berkualiti. Ramai yang beranggapan bahawa mencuci rambut terlalu kerap boleh menyebabkan rambut menjadi kering, hilang minyak semulajadi yang terkandung pada rambut dan merosakkan rambut. Syampu rambut anda selang sehari. Sesetengah orang hanya mencuci rambut 2 kali seminggu.

Gunakan syampu yang tidak mengandungi SULFATES atau PARABENS. Sulfates adalah bahan kimia yang menjadikan syampu banyak buih. Parabens adalah pengawet yang boleh menyebabkan iritasi kepada mata sekiranya terlalu kerap digunakan. Kedua-dua bahan kimia ini adalah merbahaya kepada alam semulajadi, oleh itu gunakan syampu yang mengandungi bahan semulajadi.
Pilih syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut. Jangan sembarangan membeli syampu.
Rambut kerinting atau kasar – pilih syampu yang boleh mengurangkan rambut mengerbang dan melembutkan.

Rambut lurus atau berminyak – pilih syampu lembut yang sesuai digunakan untuk cucian setiap hari.
Rambut yang diwarnakan – pilih syampu yang diperkaya dengan ekstrak asid amino.
Rambut kering – pilih syampu yang mengandungi glycerin dan kolagen untuk memulihkan semula dan melembapkan rambut.

Tips #2 Minyak Rambut

Gunakan minyak rambut sebagai pengganti perapi rambut kerana,  minyak lebih effective untuk membaiki masalah rambut,  dan juga mengekalkan kelembapan yang lebih effective. Pakai minyak rambut selepas mandi ialah WAJIB


Tips #3 Sikat Rambut 

Jangan menyikat rambut terlalu kerap. Bersikat membuatkan rambut tertarik daripada folikel, menyebabkan rambut bercabang. Menyikat rambut sebanyak 100 kali sehari boleh menggalakkan pertumbuhan rambut adalah DONGENG! Kalau tak kemana-mana, duduk kat rumah jer, lepas mandi atau cuci rambut tu kirai-kirai rambut tu dengan jari jer cukup. Tapi jangan la biar rambut mengerbang macam kak Limah pulak yer.. hehee

Tips #4 Kering Secara Semulajadi

Biarkan rambut kering secara semulajadi. Selepas mencuci rambut, lap rambut secara lembut menggunakan tuala. JANGAN gosok rambut, sebab ini boleh melemahkan folikel rambut dan menyebabkan rambut kasar dan kusam. Urai / sikat secara lembut untuk meleraikan rambut kusut dan biarkan rambut sehingga kering. Elakkan guna pengering rambut.

Tips #5 Trim rambut

Trim / potong hujung rambut lebih kerap; 6 – 8 minggu sekali. Ini boleh mengurangkan masalah rambut bercabang dan ia boleh dilakukan sendiri (kalau rambut anda panjang)..

Tips #6 Rawatan Rambut 
Lakukan rawatan rambut – jika perlu. Jangan terlalu kerap mewarnakan rambut kerana ini boleh menyebabkan rambut rosak.

 Tips #7 Gaya Rambut 
Gayakan rambut anda secara semulajadi untuk mengurangkan kerosakan rambut akibat penggayaan.
Elakkan mengerinting, meluruskan, ‘bleaching’ atau kerap mewarnakan rambut.Jangan gunakan getah pengikat rambut kerana boleh menyebabkan rambut putus atau tertarik daripada folikel.
Cuba elakkan penggayaan rambut yang diikat / dipin terlalu ketat kerana ini akan memberi tekanan kepada akar rambut.Biarkan saja rambut dilepaskan atau cukup sekadar memakai headband

Tips #8 Pemakanan Sihat 
Amalkan pemakanan sihat dan bekalkan nutrisi yang cukup untuk rambut. Rambut terbina daripada protein, oleh itu pastikan anda mengambil makanan seimbang yang mengandungi protein tinggi, bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran.
Pastikan anda mendapat vitamin C yang cukup (untuk menguatkan rambut), zat besi (membantu pengaliran oksigen didalam darah), zink (membina dan memperbaiki tisu) dan asid lemak omega-3 (menggalakkan pertumbuhan rambut sihat).

Tips #9 Elakkan Stress 
Elakkan stress / tekanan. Tekanan fizikal dan mental boleh mengganggu kesihatan rambut dan menyebabkan rambut gugur. 

Ok, bolehlah cuba apply tips-tips ni untuk jaga kesihatan rambut. Guna produk yang selamat, amalkan pemakanan sihat dan elakkan stress InsyaAllah badan kita akan sihat, rambut pun akan ikut sihat jugak.



*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
**********************************************************

 




You Might Also Like

0 comments