Malasnya nak packing

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Carian Google



Bila nak travel atau outstation masalah yang paling malas nak buat ialah nak 'packing' barang dan baju. Dalam fikiran tertanya berapa beg yang ingin dibawa. Jika menggunakan kereta sendiri , tak jadi masalah tapi bila naik kenderaan awam terutamanya kapal terbang, mulalah nak pening kepala.

Ini ada sedikit tips yang selalu aku guna terutamanya bila travel menggunakan kapal terbang. Tips ini sesuai untuk travel bagi yang travel seorang diri dan masa travel lebih kurang dalam 5 atau 6 hari.

* Selalunya beg yang dibawa dua saja iaitu beg pack dan beg roda (size yang boleh dibawa ke cabin).
   Waktu pergi memang tak amik luggage, cuma waktu balik sahaja. 

* Dalam beg roda, jika muat masukkan extra beg. Kalau tak mau pun tak apa, nanti sampai ke destinasi tak cukup beg, boleh beli beg lain. Selalunya aku akan masukkan extra dua beg yang boleh dilipat. Setakat ni tidak pernah beli beg baru. Guna saja beg yang sedia ada

* Pakaian :

   Berjalan : 2 helai slacks/jeans , 3 helai tshirt/blous , 2 helai tudung segera.  Boleh rotate, selang sehari. Tak cukup boleh beli t-shirt atau blous baru di destinasi. Selalunya baju yang dibawa adalah baju yang tidak perlu diseterika.

   Tidur : Sehelai sahaja

* Cara lipatan pakaian : Gulung .

* Boleh juga guna vacuum bag. Boleh diperolehi di pasaraya atau pembelian secara online.

  
Pakaian yang digulung

Vacuum beg
   



 


You Might Also Like

0 comments