Keropok Ikan Keping

Teks : Sharimah Binti Yahya

Gambar : Koleksi Rakan 

Keropok ikan keping merupakan salah satu makanan yang menarik yang boleh didapati di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Keropok ini selalunya diproses daripada ikan, udang dan sotong. Ia akan diadun bersama tepung kanji atau tepung sagu. Keropok yang bermutu boleh dinilai dari segi rasa, keranggupan serta kembang. Kualiti sesuatu keropok adalah bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan dan juga proses penyediaan.

Keropok keping selalunya bertahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul. Ia perlu disimpan ditempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik. Ia juga perlu diletakkan jauh daripada bahan yang berbau kuat bagi mengelakkan bau tersebut diserap oleh keropok.


Untuk bagi peminat keropok ikan keping , boleh membuat tempahan melalui saya. Pihak kami akan terus membuat penghantaran ke rumah.

1 Kilo
RM20.00 termasuk pos




You Might Also Like

0 comments