Lost World of Tambun

22 Mei 2014


Kali ini bercuti dengan keluarga ke Lost World of Tambun & Pasar Kemboja. Cadangan asal adalah untuk terus ke Taiping. Atas beberapa faktor, cadangan tersebut dibatalkan. Turut serta dalam rombongan ini ialah adik dan keluarga serta sepupu adik ipar dan keluarga. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8.00 pagi sampai di sana dalam pukul 11.00 pagi. Lost World of Tambun mula beroperasi pada pukul 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

Bagi yang membawa keluarga yang besar, sila pastikan perbelanjaan untuk makanan adalah mencukupi kerana makanan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Tidak juga dibenarkan untuk keluar semasa berada di dalam. Di Bukit Merah, kita dibenarkan keluar sebanyak tiga kali. Kebetulan sewaktu kami sampai, sudah tiba waktu makan tengah hari, jadi kami pun makanlah dulu. sempatlah buat aktiviti berkelah di tempat letak kereta.


Harga tiket adalah seperti berikut :



Jika ada kad Mesra Petronas, jangan lupa bawa. Boleh dapat lagi diskaun. Sebelum pergi , saya memang tidak tahu. Yang tahu pun sebab penjaga kaunter yang beritahu. Alhamdulillah, kad mesra Petronas memang sentiasa ada dalam bag. Jadi dapatlah diskaun.  Sampai pukul 6.00 petang, kami ada dalam tuh. Memang puaslah anak-anak buah mandi manda. Tempat ini juga sesuai untuk dibuat teambuilding. Memandangkan kami pergi bukan dalam musim cuti sekolah jadi pertunjukan pun agak terhad. Apa-apa pun memang enjoy.

Antara koleksi gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi


Memandangkan, keesokannya kami akan singgah di Pasar Kemboja, jadi kami pun bermalam di Parit Buntar. Bagi yang ingin mencari homestay di sini bolehlah ke blog Homestay Kerian .



You Might Also Like

0 comments