Gunung Jerai
Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi
Ekspedisi turun dari Gunung Jerai sebenarnya telah
dicoretkan dalam blog sebelum ini . Disebabkan keputusan untuk menutup blog
tersebut, semua entri yang berkaitan akan dipindahkan ke blog ini.
Pada 18 Mei 2011, ekspedisi turun dari Gunung Jerai telah
berjaya. Alhamdulillah, cuaca agak baik sepanjang turun dari puncak Gunung
Jerai. Perjalanan kami bermula dari Tangga Kenari . Dari situ, kami menaiki van
hingga ke puncak Gunung Jerai
Lebih kurang jam 10.15 pagi,
kami mula turun dari puncak Gunung Jerai. Lokasi yang pertama kami
singgah ialah Lubuk Naga. Agak berbahaya juga untuk kami sampai ke sana kerana
jalannya berbatu. Terpaksa berhati-hati kalau tidak jatuh. Di situ, kami cuma
lepak-lepak, ambil gambar dan makan. Air kat situ memang best, sejuk. Waktu ni
lah, tetiba aku rasa perut aku masuk angin, dalam hati berdoa semoga aku dapat
meneruskan perjuangan. Disebabkan keadaan aku yang kurang selesa, perjalanan
terpaksa dihentikan sekejap. Hampir 45 minit berada di Lubuk Naga, kami
meneruskan misi.
Sepanjang perjalanan, kami dapat menikmati pelbagai
pemandangan dan pokok-pokok yang tumbuh
didalamnya. Bila berada di dalam hutan, haiwan yang paling aktif pada suhu yang
lembap adalah pacat. Ramailah yang kena gigit termasuklah aku. Sebelum
ekspedisi, kaki tuh kaki tuh dah disembur dengan serai wangi, tapi pacat gunung
jerai, imunisasi dia kuat siki, kena jugaklah dengan dua ekor.
Selain digigit pacat, kasut Yafee dan Hj. Yusri telah
terkoyak tapak. Terpaksalah diikat dengan tali rapia. Setelah menempuhi
pelbagai cabaran dan dugaan, akhirnya berjayalah juga kami tiba di 'R&R' Gunung Jerai pada jam 1.40 petang.
Di situ, kami lepak-lepak, rehat dan makan makanan ringan yang dibawa.
Perjalanan terakhir adalah menyusuri Tangga Kenari atau
orang kampung panggil Tangga Seribu. Aku pun tak tahulah berapa banyak bilangan
anak tangga (mungkin seribu berdasarkan nama yang dipanggil) tapi itulah yang
paling memenatkan. Selain curam, anak
tangga tersebut juga amat rapat. Lebih
penat dan seksa dari laluan trek dalam gunung. Tepat jam 3.00 petang, kami
Berjaya berada di kaki gunung. Sebaik
sahaja sampai di bawah, hujan pun turun dengan lebatnya menandakan ekspedisi ini telah tamat.
Ekspedisi ini disertai oleh Jimmy, Tuan Hj. Yusri, Epul,
Yafee, aku, Mizul dan dua orang kawan Jimmy.
2 comments
Assalamualaikum..bestlah jejalan camni..dah lama tak jejalan ni..alang-alang dah duk kt kedah ni, boleh lah nak plan untuk next year..
BalasPadamIn shaa Allah, saya pun tak habih lagi pusing Kedah...:)
PadamFiza Aziz stay mana kat Kedah?