Singapore

Kali ni nak bercerita tentang percutian dan perjalanan ke Singapura dari 21 Jun 2012 hingga 24 Jun 2012.
Pergi kali ni memang tak amik pakej, pergi sendiri. Rombongan kali ni terdiri dari tiga orang sahaja iaitu aku, Mizul dan kak Ros (kawan Mizul). Pada hari kedua  tambah lagi sorang iaitu Ijoi (pemandu pelancong kami secara tak rasmi). Kami menggunakan bas dan MRT  sepanjang perjalanan ke sana.

Hari Pertama
Bertolak dari Lapangan Terbang  Pulau Pinang ke Johor pada pukul 10.40 malam dan bermalam di Johor. Kalau ikutkan flight kami petang tapi biasalah Air Asia, reschedule flight.

Hari Kedua
Perjalanan kami sebenarnya bermula pada hari kedua dari check point Johor. Hari pertama ni, kami merancang  ke USS (dinasihatkan sesiapa yang hendak ke USS, lebih baik pergi pada hari  biasa, jangan lupa semak juga samada masa tuh, time Singapore cuti sekolah atau tidak. Ini bagi mengurangkan kesesakan untuk beratur). Dari sini naik bas causeway (warna kuning) terus ke Jurong . Sampai di Jurong, amik MRT dan turun di Outram Park. Di sini tukar, amik MRT North East Line (NSE) ke stesen Harbour Front . Kemudian di Level 3, Vivo City amik Sentosa monoreal untuk ke Sentosa Island. Turun jer dari stesen sentosa monoreal, sebelah kanan, terus menuju ke USS. Jangan lupa beratur untuk membeli tiket masuk. Sekiranya pergi waktu sesak, lebih baik booking terlebih dulu, dan kalau ada budget lebih, bolehlah amik tiket express. Tiket waktu kami pergi ni lebih kurang RM150.00. Memang best masuk sini, tidak merugikan. Anggaran masa adalah sehari  untuk menghabiskan masa di sini. Jadi bagi sesiapa yang ingin round Sentosa Island, dinasihatkan untuk tambah satu hari. Kalau tidak, tak puas untuk jalan-jalan, kena berkejar-kejar masa pulak.(Maklumlah menginap di Johor, jadi perlu berkejar masa untuk masuk ke Malaysia).

Universal studio
Universal Studio

Singapura
Mesir

Singapura
Far Far Away Palace




Hari Ketiga
@Kg Bugis
Route MRT : Jurong East Station -> Bugis Station


Kg. Bugis

Hari ini kami ditemani oleh Ijoi (kawan kak Ros). Tempat pertama kami lawati ialah Kg. Bugis. Disinilah terletaknya masjid nasional singapura. Kebetulan semasa kami sampai, ada majlis akad nikah. So, bolehlah tengok sat, tak banyak beza pun dengan Malaysia.Yerlah satu agama kan, selalunyer yang membezakan adalah adat.
Singapura
Masjid








Kat sini jangan lupa untuk singgah di satu kedai makan (ala-ala mamak, terlupa pulak nama kedai tuh). Memang best murtabaknyer. Cenderamata boleh juga dibeli disini, tapi kalau nak lagi murah, lebih baik beli di China Town.
















@Orchad
Route MRT : Bugis -> Raffles Place - Tukar station, amik North South Line (NSE) ke Orchad

Seterusnya perjalanan kami bersambung ke Kandahar Street dan Orchard . Di Kandahar tiada yang menarik.Bagi yang berminat untuk membeli belah bolehlah singgah di Orchard . Di sini kami hanya lepak-lepak, makan aiskrim  dan bergambar sahaja.




Singapura
Kandahar Street

Prada

Louis Vuitton

@China Town
Route MRT : Orchad station ke Dobby Ghout (tukar amik NSE) -> China Town

Untuk beli cenderamata, boleh beli di China Old Town. Bermacam-macam barang dijual . T-shirt pun ada.Di sini harganya lebih murah berbanding di Kg Bugis.

Antara barangan yang dijual

China Old Town

China Old Town


@Marina Bay
MRT : Orchad station ke Outram Park(tukar amik NSE) -> Raffles Place

Sebelum pulang, jangan lupa menikmati keindahan malam di Marina Bay . Pertunjukan laser, bunga api dan cahaya di waktu malam pasti akan memukau anda. Berehat di sini memang merilekskan minda . Rasa macam tak nak balik jer.








Dah puas melepak di sini, kami pun bertolak ke check point untuk pulang ke Malaysia. Macam biasa kami menaiki MRT terus ke Jurong East Station dan seterusnya menaiki bas untuk ke check point. Waaa..dah habis rupanya percutian aku di Singapura. Walaupun singkat, tapi memang best. Insya Allah kalau ada rezeki, mungkin akan datang lagi. Kali ni mungkin akan melawat tempat-tempat yang belum dikunjungi. Oh ya bagi yang merancang mcm kami, jangan risau, guna sahaja MRT. Yang penting anda tahu lokasi mana yang ingin pergi. Kalau was-was, rajin-rajinlah bertanya,bagi yg tak fasih English, bolehlah cari orang Melayu.

Map MRT

Hari Keempat:
Bertolak pulang ke Pulau Pinang dengan menaiki penerbangan Air Asia.
Kos percutian kali ini ialah sebanyak RM700.00 tidak termasuk tiket kapal terbang

You Might Also Like

0 comments