Pulau Aman
Teks: Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi
Pada 22 Oktober 2011 (Sabtu) bersama group hospital iaitu Jimi, Yafee, Irwan , Mizul, fathiyah dan Afifah telah membuat pengembaraan ke Pulau Aman.
Gambar : Koleksi Peribadi
Restoren Terapung, Pulau Aman |
Pada 22 Oktober 2011 (Sabtu) bersama group hospital iaitu Jimi, Yafee, Irwan , Mizul, fathiyah dan Afifah telah membuat pengembaraan ke Pulau Aman.
Pulau Aman merupakan sebuah pulau yang terletak di Pulau Pinang. Ia terletak diantara Pulau Pinang (George Town) dan Batu Kawan.
Kronologi perjalanan :
8.00 pagi : Bertolak dari Sungai Petani.
9.30 pagi : Tiba di Jeti Batu Kawan (Tol
Juru-> Batu Kawan : RM1.10).
Kami sempat juga bersarapan di Jeti. Boleh tahan rasa nasi lemak di situ. Selesai sarapan, baru kami bertolak ke Pulau Aman. Pada hari Sabtu dan Ahad, bot sentiasa ada. Perjalanannya mengambil masa lebih kurang 10 minit. Hari biasa adalah mengikut jadual. Tambang bot adalah RM6.00 (pergi dan balik).
Anak Panah |
Peta Pulau Aman |
Di Pulau Aman, tak ada banyak aktiviti kami buat. Cuma
sekadar berpusing -pusing sambil mencari laluan trek untuk jungle trekking. Untuk melawati pulau ini, hanya pelu jalan kaki sahaja kerana kawasannya tidaklah luas. Pulau ini sesuai untuk bagi sesiapa yang ingin merehatkan minda dan juga untuk memancing.
Mee Udang antara yang terkenal di Restoren Terapung di pulau tesebut. Restoren ini terletak di jeti.
0 comments