Pusat Rekreasi Ulu Legong, Baling
Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi dan carian Google
Kali ni bercerita sedikit tentamt Pusat Rekreasi Ulu Legong atau lebih dikenali sebagai Kolam Air Panas Ulu Legong. Ia terletak di dalam Daerah Baling. Senang ja nak cari, bila masuk ja Baling, akan ada signboard Ulu Legong. Kalau dari Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang nak senang ikut highway Kulim / Butterworth.
Kolam Air Panas di tadbir sepenuhnya oleh Majlis Daerah Baling. Dibuka 24 jam. Jadi boleh masuk bila-bila masa sahaja. Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :-
Dewasa : RM6.00
Kanak-Kanak : RM3.00
Khemah : Dikenakan bayaran tapi tak ingat baper
(coz abang yang bayar)
Bagi yang menginap di Seri Baling Inn, Rumah Rehat Baling dan di chalet pusat rekreasi ini, bayaran tidak dikenakan.Info lanjut : http://mdbalingtourism.gov.my/legong/index.html
Selalunya, pengunjung lebih ramai datang pada waktu malam dan keadaan bertambah ramai di hujung minggu dan cuti sekolah. Pada 18 Disember 2014, aku bersama family abang sempatlah berkunjung disini , bawa anak-anak saudara dari Langkawi. Memang ramai. Tempat letak kenderaan hampir penuh.
Lihat entri ini juga -->http://sharimahyahya.blogspot.com/2014/12/ayer-panas-ulu-legong-baling.html
Kami tidak sewa chalet, tapi pasang khemah. So, bolehlah rehat dan tidur. Kalau nak bawa makanan untuk ala-ala barbeque pun dibenarkan, Cuma untuk kebersihan, kena-kena pandailah jaga. Bawalah plastik supaya senang untuk kumpulkan sampah dan dimasukkan ke dalam tong. Bagi yang tak mahu bawa makanan, jangan susah hati, kafe dan kiosk juga ada.
Kemudahan bilik persalinan, tandas dan juga surau disediakan. Jadi tiada masalah. Banyak peningkatan yang dibuat oleh Majlis Daerah Baling berbanding 15 tahun yang lepas.
Tak ingat dah berapa kolam. Tapi setiap kolam ada tahap kepanasan dan kedalaman. Jadi bagi yang bawa kanak-kanak kecil, carilah kolam yang sesuai untuk mereka.
0 comments