Ustaz Kazim Elias Berhenti Ceramah Di Kaca Tv


Datuk Ustaz Kazim Elias atau dikenali sebagai UKE telah membuat pengumuman tidak akan muncul dalam mana-mana program ceramah di kaca televisyen. Pengumuman ini dibuat secara langsung semasa program Forum Perdana Islam di Tv1.

Pengumuman ini dibuat lantaran rasa sedih selepas beliau diserang kiri, kanan, depan dan belakang serta dikatakan  ada beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan gaya penyampaian ceramahnya seperti penglipur lara. Dengan pengunduran beliau, akan memberi peluang kepada penceramah-penceramah baru.

Walaubagaimanapun, program ceramah di luar kaca televisyen akan diteruskan seperti biasa.
Keputusan yang dibuat ole UKE rata - rata mengecewakan peminatnya, bagaimanapun mereka tetap memberi sokongan dan menghormati keputusan beliau berikutan beberapa rentetan peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Kita terus berdoa semoga suatu hari nanti, Datuk UKE menimbang semula keputusan ini dan akan kembali di kaca tv.

You Might Also Like

0 comments