Fenomena Ekuinoks

Teks : Sharimah Binti Yahya

Dunia sekali lagi dilanda fenomena ekuinoks pada 21 Mac 2015.

Apa itu fenomena ekuinoks? Ia berlaku ketika matahari melintasi garisan khatulistiwa bagi mengubah kedudukannya. Semasa fenomena ini terjadi, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Negara yang berada di atas garisan khatulistiwa akan mendapati matahari berada  di atas pada waktu tengahari mengikut waktu tempatan masing-masing.
Kawasan Pontianak, Indonesia merupakan yang paling hampir dengan garisan khatulistiwa.

Fenomena ini berlaku dua kali setahun. Malaysia juga tidak kecuali.  Cuaca panas yang melanda Malaysia sehingga April adalah salah satu kesan akibat fenomena ekuinoks.

You Might Also Like

0 comments