Jejak Ai D Beijing (Hari Pertama)
Teks: Sharimah Binti Yahya
Foto : Koleksi Peribadi
Beijing |
Tarikh bertolak pada 06 Mac 2014. Kami menaiki flight dari Penang ke KL pada jam 2.30 petang. Dan flight ke Beijing pada sebelah malamnya. Kali ni rombongan adalah seramai 10 orang dan diketuai oleh Shah. Kami menaiki pesawat Air Asia.
Pakej ke Beijing diuruskan oleh Wenk Vacation Sdn. Bhd (travel agensi). Nak tahu baper kosnya iaitu around RM600 (hotel, penginapan, makan,visa, entrancee fee dan tips). Harga untuk flight mengikut harga promosi. Paling murah kami dapat RM493.00. So, semua sekali RM1093.00.. murah kan.
Kami tiba di Beijing sudah lewat malam. Sampai di sini, suhu ialah 0 darjah celcius.Memang sejuk. Nama pemandu pelancong kami ialah Mr. Musa . Beliau seorang muslim dan peramah. Menurutnya suhu di sini akan sentiasa berubah dan nasib kami kurang baik, kerana sudah tiada salji. Kami lewat hanya seminggu. Sampai di hotel, kami terus bersihkan diri, solat dan tidur.
Walaupun sejuk, masih mampu bergambar |
Hari Pertama
Setiap hari, kami akan bersarapan di hotel. So far, makanan di hotel ni okay. Bolehlah telan. Cuma setiap hari menunya adalah sama. Nama hotel, sorry lupa. So far okay hotel ni.
Summer Palace
Pintu Masuk |
Di Atas Jambatan |
Di Atas Jambatan |
Summer Palace merupakan tempat pertama kami lawati. Tempat ini begitu luas. Suasananya amat tenang . Memang tak habih pun untuk pusing. Memang menarik untuk bergambar. Jadi pastikan bateri kamera cukup untuk bergambar.
Di pintu masuk untuk summer palace, ramai peniaga jalanan sedang sedia menunggu pelancong. Pastikan jika ingin membeli dari peniaga tepi jalan, berikan wang yang kecil dan tawar barang . Mia sudah terkena sewaktu nak beli glove. Diberinya 50 yuan, tapi dipulangkan dalam wang Rusia yang palsu.
Famous Silk Show Room
Seterusnya kami dibawa ke Famous Silk Show Room. Kami diberi penerangan tentang bagaimana sutera dihasilkan. Dengar jerla. Kemudian kami dibawa ke bahagian Cadar. Memang halus dan lembut. Tetapi mengenangkan harga , memang tak mampu untuk aku membelinya. Lebih kurang RM800 duit Malaysia. Setelah itu, kami dibawa ke bahagian kain pasang.Hahahaha..ini yang aku alergi ni. Di Malaysia lagi, dalam fikiran aku, aku tak akan beli kain pasang di China sebab material d kurang sikit berkenan,tambah-tambah lagi kalau yang jenis berkilat-kilat..tapi disebabkan aku ni pantang jumpa kain pasang, maka sempatlah rembat sepasang. Harganya kalau di Malayisa aku tak beli kut...tapi disebabkan corak yang unik sedikit dan terberkenan maka aku amik jugalah...hanya RM150.00 untuk 3 meter 3 suku.oklah kan..
Dalam plastik hijau tu ada kain pasang |
Ulat Sutera |
Nama masjid ni terlupa. Kami singgah solat di masjid ini. Dan sempat juga mengambil gambar dan membeli cenderahati di kedai yang berada di dalam masjid.
Hadapan pintu masjid |
Ruang solat untuk sembahyang duduk |
Olympic Village & Bird's Nest Stadium
Kat sini sebenarnya tak ada apa sangat . Cuma yang menarik binaan stadium yang unik dan juga pemandangan di sekeliling. Dibina seperti sarang burung. Pemandangan yang cantik memang sesuai untuk bergambar. Cuaca pada waktu ni, agak sejuk sekitar 7-9 darjah celcius.
Agak lama kami kat sini, maklumlah masing-masing gila bergambar. Macam-macam aksi sampai jadi perhatian pelancong lain.
Aksi tunjuk kaki |
Aksi melompat |
Aksi kepala teleng |
Aksi bersahaja |
Setelah puas mengambil gambar, kami dibawa ke sebuah kedai yang menjual cenderahati. Betul-betul berhampiran stadium. Kat kedai ni memang berbaloi kalau nak beli . Fridge magnet, key chain memang murah berbanding di tempat lain. Apa lagi masing-masing boronglah. Seperti biasa , jangan lupa minta tawar, memang boleh dapat, tambah-tambah kalau beli secara ramai-ramai dan borong.
Hari sudah lewat petang. Sebelum balik ke hotel, kami singgah dulu makan, Disebabkan kami amik pakej , so memang tak ada masalah makan makanan yang halal.
0 comments