Bonus Penjawat Awam
Teks : Sharimah Binti Yahya
Tanpa angin, tanpa khabar, semalam YB Perdana Menteri mengumukan bonus sempena Aidilfitri sebanyak RM500.00 kepada semua penjawat awam. Rezeki yang tidak diduga. Namun disebalik pemberian tersebut terdapat pelbagai pandangan. Mungkin sesetengah dikalangan penjawat awam yang merasakan cukup dan dan mungkin ada yang kata tidak cukup. Pokok pangkalnya adalah cara kita berbelanja samada berhemah atau tidak. Duit walau banyak mana tetap akan habis sekiranya kita tidak mampu menguruskan kewangan .

Setidak-tidaknya dengan pemberian ini dapat menampung kos perbelanjaan untuk hari raya. Berbanding dengan swasta, mereka hanya menerima imbuhan di hujung tahun sahaja. Maka, bersyukurlah wahai penjawat awam. Jangan dibandingkan dengan penjawat awam negeri lain yang mungkin menerima inisatif yang lebih tinggi. Setidak-tidaknya ada daripada tiada. Jadikanlah diri kita di kalangan hamba-hamba yang bersukur.
0 comments