eBook Super WAHM Super MOM
Teks : Sharimah Binti Yahya
Sumber : eBook Super WAHM, Super MOM
Alhamdulillah sudah selesai membaca eBook yang kedua iaitu iaitu Super WAHM, Super MOM.
Didalam ebook ini mencoretkan dilema wanita yang ingin berhenti kerja menjadi surirumah. Baik dan buruk sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Namun disebabkan keadaan keluarga dan kesihatan, keputusan terpaksa diambil. Setelah keputusan diambil, ternyata ada dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. Namun segala-galanya berubah. Mereka tidak duduk sahaja , malah mencuba sesuatu yang boleh menjana pendapatan seperti menerima tempahan pakaian, memjual kek, pakaian kanak-kanak, perkahwinan seperti katering, khemah serta hantaran dan ada juga yang menjual busana muslimah. Dengan berkat kesungguhan akhirnya mereka telah berjaya. Masa untuk keluarga dan anak-anak juga lebih berkualiti. Semua ini dikongsikan dalam buku Super WAHM , Super MOM.
Antara petikan dalam ebook :
"Sekarang ini, walaupun sudah tidak bekerja dan tidak perlu bangun pagi untuk bergegas
menghantar anak ke taska, saya masih lagi mengamalkan rutin dulu iaitu bangun pagi
menyiapkan keperluan anak-anak & melakukan kerja rumah seperti biasa kerana selepas itu
mahu fokus kepada kedai alam maya yang saya usahakan sudah hampir 3 tahun
(http://www.facebook.com/MariKelih-Store) bermula dari saya bekerja lagi. Pelbagai perit
jenih pengalaman berniaga telah saya lalui dan Alhamdulillah sekarang saya bersyukur sebab
dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada perniagaan ini. Harapan saya supaya suatu hari
nanti saya dapat merealisasikan kedai alam maya ini kepada sebuah kedai realiti & dapat
membuktikan kepada mak ayah saya yang saya juga boleh berjaya!
Dunia blog memberi semangat dan inspirasi
Selain itu, saya juga suka berkongsi segala pengalaman pahit manis kehidupan saya sebagai
seorang ibu dan sekarang sebagai seorang yang bekerja dari rumah di dalam blog peribadi
yang telah saya coretkan sejak 3 tahun yang lepas juga (http://zailabinimdae.blogspot.com).
Dunia blog banyak membantu memberikan saya semangat dan inspirasi untuk meneruskan
niat saya mengorbankan kerjaya demi keluarga. Selain itu, saya juga merasa amat bersyukur
kerana dengan dunia blog juga saya dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai wanitawanita
hebat yang telah lama meninggalkan alam kerjaya demi berbakti kepada keluraga.
Siapa sangka, kami tidak pernah berjumpa di luar tapi kemesraan yang terjalin seperti sudah
kenal begitu lama."
"Hari pertama saya bergelar WAHM, saya menangis. Kemudian saya muhasabah balik.
Sebab utama saya jadi WAHM sebah nak jaga, didik anak. Jadi dialah yang akan
menjadi keutamaan. Alhamdulillah, suami faham dan sokong. Selepas itu
alhamdulillah saya tidak menangis lagi kerana stres. Sangat seronok dan santai
melayan kerenah anak saya. Nazrah Aziz."
0 comments