Jejak Ai D Beijing - Part 2

Teks: Sharimah  Binti Yahya
Foto:Koleksi Peribadi


Hari Kedua di Bumi Beijing
8 Mac 2014



beijing
Sambil menanti Mr. Musa

Sempat jugak berposing, sambil menanti Mr. Musa. Suhu masih lagi di bawah 9 darjah celcius. Sejuk dan dingin.

Sebaik sahaja Mr. Musa sampai, kami terus menaiki van. Semasa dalam perjalanan, Mr. Musa memaklumkan bahawa pesawat Malaysia MH370 telah hilang tanpa dikesan. Keadaan penumpang masih belum diketahui. Berita ini amat memeranjatkan kami. Perasaan teruja berada di bumi Beijing, hilang sekejap.  Dengan hati yang sedih kami meneruskan juga tentatif perjalanan kami.Lokasi pertama, hari ini ialah ke Burning Cream center. Macam biasa just dengar taklimat. 

beijing
Sibuk juga nak amik gambar sampai kena halau@Jade Center
Kemudian, kami bertolak ke Jade Center & Crystal. Sebelum datang ke Beijing, aku sempat baca dari blog lain tentang penipuan yang berlaku di kedai Jade Center. Alhamdulillah, di sini kami diberi penerangan ringkas tentang jade dan kristal. Selepas itu, kami di bawa melihat sekeliling kedai. Memang besar . Tiada modus operandi yang diceritakan. Sapa nak beli, boleh beli. Harga pun okay. Boleh minta kurang. Aku bukan peminat jade dan kristal,so just tengok ja la.Bila balik Malaysia, baru terfikir, rugi pulak tak beli jade. Bukan senang nak dapat dengan harga yang murah.

Seterusnya, kami bergerak ke Acrobactic Show. Memang best,cuma ada satu segmen ja yang agak membosankan dimana persembahan dan muziknya pun slow, cahaya pula suram, sempat juga la terlelap sekejap.

beijing
Buat 'show' sebelum menonton 'show'
beijing
Aksi Melompat Lagi
beijing
Berposing dalam gaya tersendiri

Petang, selepas makan tengahari dan solat, kami ke Tembok Beijing, destinasi yang dinanti-nantikan.
Fiza, target untuk mendaki hingga ke stesen ketiga.Tercapai kah dia?
Hahaha..sebenarnya tak tercapai pun. Untuk ke stesen pertama saja, semua dah out.So,sesiapa yang berhajat untuk mendaki tembok tersebut, pastikan stamina anda kuat. Masa yang diberikan pula hanyalah sejam sahaja. Memang ikut perkiraan logik, x sempat.

Kat stesen pertama, anda boleh mengambil gambar dengan pakaian tradisi cina. Aku tak sempat nak amik sebab tiba-tiba diserang lelah . Masa tuh cuaca dingin dan berdebu sedikit.  Gambar pun aku ambil tak banyak kat atas. Mood nak amik gambar, terus hilang. Sewaktu turun, aku, Shah dan Fiza mengambil jalan pintas, tidak perlu melalui tangga, sebaliknya melalui lorong-lorong kecil (ala-ala denai).




Tiada aktiviti lagi untuk hari ini selepas memanjat Tembok Besar Cina. Balik makan dan terus pulang ke hotel. Setibanya di hotel, masing-masing terus berada di lobi untuk dapatkan capaian Internet. Wah, penuh whatsapp dan facebook bertanyakan berita tentang kami.











You Might Also Like

0 comments