Apa itu Dropship

Teks: Sharimah Binti Yahya

Semalam ada yang bertanya kepada saya, apa maksud dropship ? Bagaimana sistem ini berjalan?

Sebenarnya dropship merupakan sejenis perniagaan di mana kita menjual produk tanpa menyimpan stok ataupun lebih dikenali sebagai orang tengah. Prosesnya, anda cuma mempromosikan produk, mengambil tempahan (order) dan bayaran dari pelangan, membuat pesanan kepada pembekal untuk menghantar barang kepada pelangan. Keuntunganya selalunya adalah antara RM5.00-RM10.00. Margin keuntungan adalah bergantung pada yang telah ditetapakan oleh pembekal ataupun anda sendiri. Anda boleh menetap harga jualan sendiri, tidak semestinya bergantung dengan harga yang ditetapkan oleh pembekal.

Kelebihan dropship adalah tidak perlu untuk menyimpan barang. Selain itu, anda juga tidak rugi-rugi apa-apa pun jika tiada pelanggan yang membeli barang daripada anda. Sesiapa sahaja boleh menjadi dropship terutamanya golongan yang ingin mula-mula belajar tentang perniagaan.Ramai pembekal telah menggunakan sistem untuk menjalankan perniagaan mereka.


 Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) juga turut menawarkan pakej dropship seperti :

a)     Makanan Sunnah dan Telekung
b)    Makanan Sunnah dan Projek Duit Raya
c)     Makanan Sunnah dan Produk Islami.


Selain ini menyertai pakej ini, peserta juga akan diajar untuk membuat blog dan fanpage bagi tujuan mempromosi barang. 

Bagi sesiapa yang ingin berminat , boleh hubungi saya bila-bila masa sahaja samada melalui emel, fb ataupun sms/whatsapp. 

Selamat berbisnes.


You Might Also Like

0 comments