Jejak Ai D Beijing - Part 3

Hari Ketiga di Bumi Beijing


Masih tiada lagi khabar berita tentang MH370. Liputannya begitu meluas di media masa China. Kebetulan didalam penerbangan tersebut majoriti penumpang adalah rakyat Cina. 

Datang ke Beijing dengan pakej, maka terpaksalah kami menghabiskan masa di government store. Kali kedua kami ke kedai Jade Center. Taklimat diberi oleh Nina, cantik orangnya. Dia agak terkejut apabila diberitahu bahawa kami pernah ke Jade Center yang lain sebelum ini. Taklimat berkaitan tentang jade diberi secara ringkas, sebaliknya kami pula yang mempromosi Malaysia. Kemudian, kami dibawa ke satu bilik khas yang terdapat pelbagai jade dan kristal yang direkakhas. Dari pemerhatian dan kajian yang aku baca dari blog sebelum datang ke Beijing, modus operandi penipuan adalah  seoalah-olah seperti yang diceritakan didalam blog-blog berkenaan, tetapi aku tidak pasti adakah kedai ini yang dimaksudkan. Kami  bernasib baik kerana pernah ke pusat jade lain sebelum ini, jadi kami sudah boleh membuat perbandingan harga. Harga diskauan turut diberikan. Kami turut dihadiahkan sebentuk cincin mutiara sorang satu.


beijing
Shah, mama dan Nina


Seterusnya kami dibawa ke Tea Ceremony House. Selagi lagi kami diberi penerangan. Kali ini tentang jenis-jenis teh dan khasiatnya. Dapatlah rasa kesemua jenis teh. Aku rasa sahaja, belinya tidak.  Selepas itu, kami ke restoren untuk makan tengahari.

beijing
Pantang -mesti bergambar
beijing
Menu Tengahari



Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Istana Kota Larangan ataupun dikenali sebagai Forbidden City. Kota ini terkenal dengan sejarahnya. Dibina pada tahun 1402 dan mengambil masa selama 14 tahun untuk disiapkan. Pernah menjadi tempat bersemayam 24 orang Maharaja Cina dari zaman Dinassti Ming hingga Dinasti Qing. Mempunyai lebih kurang 99 buah bilik. Walaubagaimanapun rekabentuk istana yang agak sama dari pintu ke pintu menyebabkan ia agak kurang menarik untuk dilawati hingga habis. Mr. Musa pernah beritahu ada pelancong yang pernah sesat dalam kota ini  selama 3 jam dalam kota ini. 

Kota ini mempunya dua pintu masuk utama. Entah mana silapnya, pada hari ini tetiba ada seorang pakcik tua membuat hal dihadapan pintu masuk. Ini  menyebabkan kesesakan di pintu masuk tersebut. Pihak polis cuba untuk membuat pemeriksaan tetapi beliau tidak membenarkan. Kebetulan pak cik tersebut memakai ala-ala islamik dan kebetulan pula hanya group kami yang wanitanya memakai tudung, mudah mereka mengenali kami. Kedengaran mereka berkata dalam bahasa Cina.."Malaysia, Malaysia". Kami tidak berenggang dengan Mr. Musa, dan akhirnya Mr. Musa telah membawa kami ke satu lagi pintu masuk. Alhamdulillah, tiada kejadian yang diingini berlaku. Kami sempat juga membaca surah Yasin disini untuk dihadiahkan kepada penumpang MH370 yang beragama Islam. 



beijing
Forbidden City

beijing
Laluan ke Forbidden City

Hampir dua jam juga kami berada disini. Selepas itu, kami dibawa ke sebuah masjid (tak ingat nama masjid ni) untuk solat. Aku kagum dengan kesenian masjid di China. Kawasan disekelilingnya juga cantik untuk bergambar.


beijing
Dalam Masjid
Dah penat, sebelum pulang ke hotel seperti biasa kami makan dulu. Inilah santapan malam kami, Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, kami masih lagi menerima  makanan Cina. Begitu kontra dengan blog-blog yang aku baca sebelum ini. Stok maggi dan sambal juga belum terusik. 

beijing
Nak naik bas balik Malaysia
beijing
Makan malam

beijing
Ceria-ceria belaka

Selepas makan kami terus balik ke hotel. Seperti biasa aku turun semula ke lobi selepas mandi untuk melayari internet mengikuti berita terkini tentang MH370. Sambil-sambil tuh, aku sempat beritahu abang tentang penerbangan pulang malam esok. Dia siap berpesan supaya berhati-hati semasa berada airport Beijing kerana keadaan sesak dengan keluarga penumpang MH370. Memandangkan malam ini adalah malam yang terakhir berada di hotel ini, aku, Yati, Dayah, Mia mengambil keputusan untuk bersiar-siar di luar kawasan  hotel. Sejuk ya Rabbi. Masing-masing tidak pakai glove. Petang tadi, Mr. Musa ada bagitau kemungkinan cuaca akan drop ke 0 darjah Celcius tetapi kami terlupa. Walaupun sejuk, aktiviti mengambil gambar tetap diteruskan. Tak tahan sejuk, kami masuk semula ke hotel.

beijing
Senyum dalam kesejukan

beijing
Aku sudah mengigil, Mimie tetap maintain

You Might Also Like

0 comments