Tentang Saya

Teks : Sharimah Binti Yahya

Saya memulakan penulisan pertama di blog ini dengan lafaz Bismillah.

Alhamdulilah hari ini sudah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Semoga Ramadhan ini lebih bermakna buat kita berbanding dari tahun-tahun sebelumnya. Amin.

Siapakah saya?  Matlamat saya? Mengapa ABDR?

Saya merupakan anak ketiga dari lima orang beradik. Berasal dari sebuah kampung di Ayer Hitam, Kedah. Sewaktu  masih kecil, ayah mempunyai perniagaan runcit di kampung. Dengan hasil perniagaan inilah kami empat beradik diperbesarkan. Tetapi tidak lama, pada tahun 1993,  saya telah kehilangan ibu yang tercinta, dua minggu sebelum saya menduduki peperiksaaan Menengah Rendah (PMR). Perniagaan runcit di kampung telah dijual setahun kemudian. Ayah bernikah sekali lagi dan kami berpindah ke Sungai Petani. Disebabkan saya tinggal di asrama,jadi tiada masalah tentang persekolahan.  Kehidupan awal di Sungai Petani penuh dengan pelbagai  liku dan dugaan. Bermula dengan perniagaan goreng pisang di tepi jalan Masih ingat lagi kata-kata ayah pada hari pertama menjual goreng bisa . "Hanya dapat RM5.00 , mcm mana nak sara anak-anak?".  Alhamdulillah, berkat kesabaran, kedai tersebut telah diperkembangkan menjadi sebuah kedai makanan. Kini, kedai tersebut telah dijual dan diusahakan oleh orang lain.

Dan saya pulak, setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia terus menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam Diploma Sains Komputer. Sebaik sahaja tamat pengajian, saya bersama tiga orang rakan telah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat swasta di Bandar Damansara. Pengalaman pertama bekerja memang seronok. Pada tahun ini , kecoh dengan fenomena Y2K. Kerja kami adalah meng'instalasi' perisian Y2K di syarikat/jabatan yang telah membeli perisian tersebut. Paling tidak lupa, pada detik 12 malam tahun 2000, saya dan rakan-rakan masih berada di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor untuk kerja-kerja tersebut.
Ketidakstabilan syarikat, memaksa kami untuk memohon kerja ditempat lain termasuklah jabatan kerajaan. Akhirnya, rezeki saya dengan kerajaan  walaupun pada peringkat awal memang tidak mahu masuk kerajaan.

Kini sudah lebih 10 tahun saya berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Dengan jawatan dan pendapatan sekarang, sebenarnya kedudukan saya agak selesa, namun jauh di sudut hati masih ada yang terbuku . Ya , saya sebenarnya inginkan sesuatu yang lain. Bidang teknologi maklumat adalah bidang kerja saya, tetapi saya ingin menceburi bidang lain yang mampu memberi kepuasan kepada saya. Saya masih tercari arah-arah itu. Ya perniagaan. 


Alhamdulillah, akhirnya saya dipertemukan dengan program Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) melalui seorang kenalan iaitu Nurfarha. Saya nekad untuk turut serta dalam program ini kerana  ingin merubah dan belajar selok-belok perniagaan yang betul. Sebelum ini saya ada juga menjual telekung dan cadar tetapi tidaklah memberangsangkan. Perwatakan diri yang agak pemalu mungkin menyebabkan faktor kurang berjaya. Tetapi melihat rakan dan sedikit kajian, aku dapat rasakan bahawa program ini mampu mendidik dan mengubah aku dengan bantuan  guru-guru online dan rakan-rakan niaga . Insya Allah.



















You Might Also Like

0 comments