Jejak Ai D Beijing - Part 4

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi

Hari terakhir di bumi Beijing

Hari ini adalah hari terakhir berada di Beijing. Sedih pun ada, gembira pun ada, risau pun ada. Sedih sebab sayangnya nak tinggal negara ini. Rasa sekejap sangat, belum puas lagi pusing-pusing. Gembira sebab nak balik Malaysia jumpa keluarga dan rakan-rakan. Risau sebab nak balik nak naik kapal terbang . Saat ini, tidak diketahui lagi bagaimana dengan nasib penumpang MH370.

Hari ini adalah hari untuk bershopping. Bershopping di Silk dan Ya Show Market. Sebelum ke sana kami singgah di Bamboo Shop (dah lupa nama betul). Tak lama di situ, kami terus ke Silk Market. Sebenarnya aku sendiri tak ada target nak beli apa. Tak tahulah kenapa mood untuk bershopping hilang tetiba ja. Bagi aku, barang rasa macam sama ja kat Malaysia, tak ada yang unik. Walau bagaimanapun, sempat jugaklah aku sambar tiga tshirt polo untuk abang, adik ipar dan juga adik  aku. Seterusnya aku ke kedai Jamilah. Nak beli alas meja yang dipesan. Kat sini memang cantik alas meja. Guna corak yang dijahit. Tapi aku tak berminat nak beli sebab dah tahu macam mana keadaan di rumah. Untuk orang pesan, aku tak beli di sini sebab tak lepas budget yang diberi. Aku cari kat kedai lain.

Seterusnya kami ke Ya Show Market. Kat sini target utama adalah winter coat. Sepanjang berada di Beijing, memang geram tengok orang pakai winter coat yang lawa-lawa. Memang nak cari jugak walaupun satu. Manalah tahu kut-kut nak pi negara lain pulak kan. Akhirnya , kami dapat juga cari winter coat dengan harga yang memang best. Mr. Musa pun terkejut. Masing-masing dapat harga dalam RM90.00 ke bawah. 

Berposing bersama winter coat baru

With Fiza, Mama Shah & Shah




Sempat Singgah di Masjid Nan Dou Ya untuk solat



Dah penat bershopping, kami pun bersiap sedia  ke  Beijing airport.Sebelum tuh kami singgah solat di Masjid Nan Dou Ya dan  restoren noodle untuk makan malam. Nanti sampai airport, dah susah nak cari makana kan. Disebabkan makan malam kami untuk hari ini tidak termasuk dalam pakej, jadi kami amik keputusan untuk berkongsi duit.  Punyalah banyak, satu mangkuk untuk dihabiskan.

Memang tak habis, banyak sangat


Selepas itu,baru kami  bertolak ke airport. Sedih pulak nak tinggalkan Mr. Musa dan pemandu yang baik hati tuh. Semua bekalan yang kami bawa dari Malaysia, kami bagi pada Mr. Musa dan pemandu. Tak terusik pun sebab kami rasa semua cukup. Tekak pun boleh terima ja. Alhamdulillah, sampai di airport, suasana dah tenang. Tidak sesak dengan waris MH370. Sementara menunggu waktu untuk check -in, kami sempat membuat operasi menyusun semula barang-barang dalam beg. Maklumlah, lepas shopping terus ke airport. Comfirm tak sempat kemas.

Aktiviti mengemas beg

Menyemak dokumen sebelum check -in.


Kami bertolak dari Beijing ke Kuala Lumpur dalam pukul 1.00 pagi waktu tempatan. Waktu bertolak, hanya doa mengiringi perjalanan kami. Alhamdulillah , akhirnya kami selamat tiba di Kuala Lumpur lebih kurang jam 9.00 pagi.  Pelbagai memori pahit manis akan sentiasa terpahat dalam ingatan. I will miss this moment forever and ever.



Tips-tips semasa berada di Beijing :-


* Jika ingin membeli belah di gerai-gerai tepi jalan, pastikan guna wang kecil. Takut bila guna wang besar, baki duit yang dipulangkan adalah palsu

* Jangan bergambar sesuka hati dengan maskot yang anda nampak, setiap gambar akan dikenakan bayaran.

* Tips shopping - harga barang yang ingin dibeli, minta tawar sekurang-kurangnya 70%. Kalau tak boleh, jalan dulu. Kalau nak beli baru minta tawar. 

* Untuk muslim, pastikan anda amik pakej muslim kecuali anda sudah mahir dengan keadaan disni.

* Untuk kedai jade & mutiara, pastikan anda berhati-hati kerana ada yang tertipu ribuan ringgit. Seelok-eloknya cuba mencari input di blog-blog travel sebelum anda memulakan perjalanan


~TAMAT~






You Might Also Like

1 comments

  1. Assalamualaikum,terima kasih atas perkongsian tips2 semasa berada di Beijing.

    BalasPadam