Mengapa?

Teks : Sharimah Binti Yahya

Mungkin ada rakan-rakan yang tertanya mengapa aku perlu sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Apa yang ada? Nak belajar membina blog? Nak membina fanpage? . Berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang Teknologi Maklumat, perkara ini sepatutnya sudah ada dalam tangan aku. Tak perlu bayar untuk membuat itu semua. Boleh buat sendiri lagipun Mr. Goole pun ada, boleh ja cari sumbernya. 

Memang benar, sebelum menyertai ABDR, akuj uga telah mempunyai blog sendiri dan juga fanpage sendiri. Namun ia amat berbeza sekali sebelum aku menyertai ABDR dan selepasnya. Blog yang dibina sendiri, jarang dikemaskini , dibiarkan begitu lama hingga bersawang. Orang yang suka berblog adalah orang yang suka menulis tetapi tidak bagi diri aku. Dengan ABDR, ada tugasan penulisan yang perlu diselesaikan oleh setiap pelajar. Dengan tugasan ini, menjadikan aku lebih semangat untuk mengemaskini blog dan juga fanpage setiap hari. Hari-hari yang dilalui merasa semakin cepat. Tidak seperti dulu lagi.

Selain itu, di ABDR juga aku juga boleh belajar tentang teknik pengiklanan dan perniagaan yang betul dari guru-guru online yang berpengalaman. Aku juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru yang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. Sesuatu yang telah mengubah hidup aku.

Terima kasih ABDR .







You Might Also Like

0 comments