Makanan Sunnah
Teks : Sharimah Binti Yahya
Sumber : Carian Internet
Pakej Makanan Sunnah.
Terdiri daripada minyak zaitun, cuka epal, cuka
kurma, madu, zafaran dan ekstrak jus delima.
Pakej Makanan Sunnah : RM163.00 termasuk pos |
Khasiat minyak zaitun :
Khasiat minyak zaitun memang
diketahui ramai. Sejak turun-temurun lagi pakar-pakar perubatan, pemakanan dan
kosmetik mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan seharian.Pengambilan
rutin minyak zaitun dipercayai dapat mengelak penyakit kardiovaskular, kanser,
masalah penghadaman dan penuaan.
Pengambilan minyak zaitun menambahkan
bilangan kolesterol baik untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak
pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga
mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Khasiat Cuka Epal
Merangsang pemecahan lemak, melancarkan perjalanan
darah, menguatkan tenaga dalaman, meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi,
kreativiti, hafalan serta kepintaran anak-anak, melawaskan usus besar dan
kecil,berfungsi sebagai anti-alergik, anti-septik, anti-anemia serta anti-ulcer
dan merawat masalah kulit seperti jerawat
Selain itu, cuka epal juga membantu meningkatkan
metabolisme di bahagian tubuh tertentu, menyingkirkan air berlebihan dan bahan
buangan, melembapkan dan mengencangkan kulit, mencegah dan mengawal selulit,
meredakan sakit dan sengal sendi,menurunkan risiko masalah jantung dan
barah,mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak
barah,meningkatkan kesihatan membran paru-paru, meningkatkan kesihatan tulang,
membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol
darah, membantu mengekalkan berat badan yang idea, menghilangkan stress dan
membantu tidur yang nyenyak.
Khasiat Cuka Kurma
Cuka kurma bermanfaat mengubati radang perut, mencegah
penyakit kuning dan mencegah ubat-ubat kimia yang membunuh, bahkan boleh
mencairkan susu ibu dan darah, bila terjadi pembekuan di dalam tubuh. Berguna
juga untuk limpa, membasahkan perut, menguatkan otot perut, menghilangkan
dahaga, mencegah pembengkakan, membantu metabolisme, melawan kahak, melembutkan
makanan 'berat' serta melancarkan darah.... Diminum dengan campuran garam,
berkhasiat mengubati racun akibat cendawan membunuh. Apabila dibuat gulai,
boleh memotong tonsil yang tumbuh dihujung langit-langit rongga mulut. Apabila
digunakan untuk berkumur dalam keadaan hangat, berkhasiat mengatasi sakit gigi
dan menguatkan gusi. Cuka juga berkhasiat untuk mengubati cengkam (luka
bernanah di sekitar kuku), disapukan di bahagian sakit, mengubati gigitan
semut, bengkak panas, luka bakar, menambah nafsu makan, menenangkan perut.
(Sumber: Buku Mengubat Cara Nabi, terbitan Al-hidayah)
(Sumber: Buku Mengubat Cara Nabi, terbitan Al-hidayah)
Khasiat Zafaran
ZA'FARAN iaitu Saffron
atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya
boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta
sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan
termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.
Za'faran adalah herba
yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat
dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai
kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab
perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi
sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang
tinggi dan tersendiri.
Mencerdaskan minda, penyakit
radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
- Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk
dan selsema
- Sakit kepala atau migrane dan asma
- Muntah-muntah, penyakit buah pinggangGila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
- Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan,
penyakit kanser, lumpuh
- Bengkak hati atau hipatitis A dan B
- Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau
mulut
- Membuang angin dan asid yang berkumpul
dalam perut
- Menambahkan tenaga zahir dan batin
- Masalah mati pucuk, sembelit
- Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta
kanak-kanak
- Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
- Bahan penenang bagi masalah kemurungan
& runsing
- Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak
ketika tumbuh gigi
- Melancarkan perjalanan haid yang tidak
menentuMenguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
- Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit
gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain,
Khasiat Madu
Madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia.
Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk
manusia.Madu mempunyai 1,001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan madu sangat
baik untuk sistem badan kita
- Melegakan sakit tekak dan batuk
- Merawat luka dan cedera ringan
- Baik untuk sistem pencernaan badan
- Menjadikan kulit lebih cantik
- Jika disapu pada rambut dan kulit kepala,
madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilangkan
kelemumur.
- Jika digunakan untuk menggosok gigi, ia
boleh memutihkan dan mengilatkan gigi. Bahan aktif di dalam madu yang
dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah
jangkitan kuman dan kulat.
- Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam
- Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan
Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.
- Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan
Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di
gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang
didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)
- Seperti perubatan moden, kaedah mengambil
madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit
dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurangkan sakit. Jika dosnya
berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah
lain.Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga
mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.
- Terdapat satu kisah Rasulullah SAW
menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya.Lelaki
itu hanya mengambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini
menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu
untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut.Selepas lelaki itu
datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah
SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi.Nabi
menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga
mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.
Dengan manfaat dan amalan perubatan
dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi
adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita
mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak
ternilai harganya.
emel :sharimahyahya@gmail.com
fb : Sharimah Binti Yahya
0 comments