Wahai Peniaga...

Teks: Sharimah Binti Yahya

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat, bukan sahaja  pahala yang berganda malah ia juga bulan yang memberi rezeki kepada peniaga.

Bazar Ramadhan berada di mana-mana sahaja. Ramai peniaga mengambil peluang di bulan ini. Namun di sebalik keghairan mencari keuntungan ada juga peniaga yang mengambil kesempatan. Terutama peniaga makanan.

Semua sedia maklum, kos barangan meningkat, maka harga makanan akan turut meningkat.Tetapi biarlah kena dengan rasanya, kena dengan masakannya.

Semalam ayah telah memberi mee kari tiga bungkus. Jika rasa masin, mungkin boleh dimaafkan tetapi rasanya betul-betul rempah kariyang belum dimasak. Betul-betul mengecewakan. Kuih yang dibeli pun rasa tepung. Air buah pula rasa gula dari buah.

Wahai peniaga, jujurlah dengan masakan anda. Kalau mahal sedikit, tetapi kena rasanya pasti pelanggan akan datang lagi jika tidak cukuplah sekali.



You Might Also Like

0 comments